top of page

Realiti Maya (VR)

Virtual Realiti adalah dunia maya atau ciptaan yang dihasilkan oleh komputer untuk menghubungkan seseorang ke dunia atau tempat berlainan hanya dari jauh. Sebagai contoh, pengguna akan merasakan berada di Jepun untuk melihat keunikan dan keindahan Jepun daripada rumah atau studio sahaja.

​

Realiti Maya (VR) adalah teknologi pengkomputeran yang menggabungkan alat dengar realiti maya yang digabungkan dengan persekitaran yang diwujudkan. Dengan teknologi AR ini, individu dapat meneroka ke sesuatu negara/tempat lain dengan hanya memakai peralatan seiras kacamata. 

​

Sebagai contoh, dengan memakai peralatan berkenaan, kita yang berada di Malaysia boleh meneroka dengan mudah Al Hambra yang jaraknya jauh dari realiti sebenar. Kita dapat merasai suasana seakan berada di tempat berkenaan.

Sejarah Realiti Maya (VR)

  1. 1950-1962 – Morton Heilig mencipta alat bernama Sensaroma untuk merangsang deria melalui visual, bau dan getaran

  2. 1950-an – Engbart menggunakan skrin untuk menvisualisasikan maklumat, ini adalah rasa pertama VR sebenar.

  3. 1961, Comeau & Bryan dari Philco Corporation telah membangunkan precursor pertama kepada HMD yang diberi nama Headsight digunakan untuk tontonan jauh tentera dalam situasi berbahaya.

  4. 1962 , Ciptaan seterusnya Morton Heilig adalah Telesphere Mask (dipatenkan 1960) dan merupakan contoh pertama paparan yang dipasang kepala (HMD), walaupun untuk medium filem yang tidak interaktif tanpa sebarang pengesanan gerakan. Alat dengar ini menyediakan visi 3D dan penglihatan yang luas dengan bunyi stereo.

  5. 1965 - Pameran Ultimate oleh Ivan Sutherland menggambarkan konsep "Paparan Terbaik" yang boleh mensimulasikan realiti ke titik di mana seseorang tidak dapat memberitahu perbezaan dari realiti sebenar.

VR History 2.jpg
VR History.jpg

Kegunaan Realiti Maya (VR) untuk Penolong Pegawai Sains

Antara kegunaan realiti maya yang boleh dibuat adalah:
1) Melakukan demonstrasi penggunaan alat atau pengambilan sampel di luar tanpa menghadirkan diri ke makmal

2) Menyampaikan taklimat keselamatan atau pencegahan kebakaran kepada pelajar hanya dari pejabat atau studio

3) Menghadiri mesyuarat walaupun berada di luar kawasan

4) Menggunakan teknologi ini untuk melakukan tindak balas yang berbahaya seperti ujikaji yang boleh meyebabkan letupan

VR 3.png
VR 1.jpg
VR 4.jpg

Kebaikan Teknologi VR

  1. Penting di dalam bidang pendidikan terutamanya bidang perubatan yang memerlukan melakukan pembedahan.

  2. Dapat medalami rasa dan suasana persekitaran yang disediakan di dalam permainan (games). 

  3. Mewujudkan simulator untuk mengatasi rasa takut atau situasi yang jarang dijumpai dipersekitaran biasa seperti bermain luncur ais (bagi negara tidak bersalji).

  4. Penting didalam membantu latihan peserta sukan olahraga.

bottom of page