017-9270 789
Pensyarah (Teoritikal)
Biologi (B0001)
Dr. Azman Abd Samad
Jabatan Bioteknologi
Fakulti Biosains & Kejuruteraan Perubatan
azman@utm.my
07-555 7527

Pensyarah (Amali)
Biologi (B0001)
Dr Alina Wagiran
Jabatan Bioteknologi
Fakulti Biosains & Kejuruteraan Perubatan
alina@utm.my
07-555 7531





Biologi
(B0001)
Biologi adalah suatu kajian saintifik mengenai benda hidup. Ahli biologi akan mengkaji struktur, fungsi, pertumbuhan, asal, evolusi serta taburan benda hidup. Dengan kajian tersebut, ia dapat membantu mengelaskan dan menerangkan organisma, fungsi mereka, cara serta sebab spesies itu wujud, dan interaksi antara sesama mereka serta alam sekeliling.
Biologi lebih menumpukan kepada ciri-ciri fizikal serta tabiat hidupan yang hidup pada masa kini dan juga pada masa silam termasuklah bagaimana mereka terhasil dan interaksi antara sesama mereka dan juga alam sekitar. Malah kini terdapat ahli biologi yang sedang mengkaji kemungkinan haiwan yang akan berevolusi pada masa akan datang dan juga yang terdapat di planet-planet yang lain.

Biologi Sel
BAB 1
Biologi sel adalah pengenalan kepada semua sel yang terdapat di dunia termasuk sel bakteria, tumbuhan, manusia dan kulat. Di mana terdapat dua sel domain iaitu Sel Prokariot dan Sel Eukariot. Pelajar didedahkan dengan struktur luaran dan dalaman bagi Sel Prokariot dan Eukariot berserta dengan fungsi bagi setiap elemen sel-sel tersebut. Dimana kajian sel amat penting dalam mendapatkan maklumat berkaitan punca penyakit dan dalam mewujudkan penawar bagi penyakit yang sedia ada.

BAB 2
Taksonomi dan Pengkelasan Tumbuhan
Bab ini menjelaskan cara-cara untuk pengecaman, penamaan dan pencirian tumbuhan. Pelajar juga didedahkan dengan teori serta struktur tumbuhan. Bab ini juga menjelaskan berkenaan fungsi hormon yang terlibat dalam tumbesaran dan pembiakan tumbuhan. Proses Fotosintesis yang terlibat di dalam semua jenis tumbuhan juga dihuraikan dengan lengkap.




BAB 3
Alam Animalia
Bab ini menceritakan pengkelasan mengikut struktur badan atau corak perkembanganya. Kelas-kelas binatang Eukariot itu terbahagi kepada:
Filum Porifera
Filum Coelentrata/Cnidaria
Filum Echinodermata
Filum Mollusca
Filum Chordata
Filum Plathyhelminthes
Filum Nematoda
Filum Atropoda
Filum Annelida
Di dalam bab ini juga menjelaskan mengenai sistem respirasi dan sistem pencernaan yang dilakukan oleh haiwan didalam pengkelasn tersebut.
BAB 4
Perwarisan Mendel
Di dalam bab ini, pelajar dapat memahami Hukum Perwarisan yang dikaji oleh Gregor Johann Mendel. Ia menjelaskan berkenaan kaedah penghidbridan pokok dengan beberapa kebarangkalian spesies pokok baru yang akan muncul dengan ciri-ciri berbeza daripada baka asal samada dari segi ketinggian pokok, warna bunga, warna daun dan juga bentuk serta warna biji benih.
