top of page

Pensyarah

Prof. Dr. Radzuan Junin
Jabatan Kejuruuteraan Petroleum
Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Tenaga
r-radzuan@utm.my
07-553 5732

Prof Radzuan

E0001

Geologi

Geologi merupakan sains dan kajian mengenai bumi : komposisi, struktur, bentuk fizikal, sejarah, dan proses pembentukannya. Kajian dalam kajian geologi telah berjaya menentukan umur Bumi yang dianggarkan sekitar 4.5 bilion tahun. Daripada kajian tersebut juga ditentukan bahawa kerak bumi adalah hasil pecahan plat tektonik yang bergerak diatas mantel yang setengah cair (astenosfera) melalui proses yang sering disebut tektonik plat.


Ahli geologi juga telah membantu dalam pencarian dan pengaturan sumber daya alam yang terdapat di dalam bumi seperti petroleum, batu arang, serta logam seperti besi, tembaga, uranium dan lain-lain mineral yang memiliki nilai tertentu seperti perlit, mika, fosfat, asbestos, zeolit, tanah liat, kuartz, silica dan juga elemen lain seperti helium, belerang, dan klorin.  

struktur-bumi.jpg

BAB 1

Sifat-Sifat Fizik dan Kimia Bumi

Di dalam bab ini, pelajar didedahkan dengan teori-teori pembentukan bumi dan alam semesta. Pelajar juga dijelaskan mengenai lapisan bumi dan kandungan di dalam setiap satu lapisannya. Antara kaedah yang digunakan untuk mengkaji kedalaman lapisan bumi adalah menggunakan kaedah gelombang bunyi atau lebih dikenali sebagai Gelombang Siesmik.


Di mana, kajian pada permukaan bumi menggunakan Reileigh Wave (R-Wave) dan Love Wave (L-Wave). Manakala pada bahgaian badan bumi pula menggunakan Primary Wave (P-Wave) dan Secondary Wave (S-Wave). Pelajar juga diterangkan mengenai pembentukan banjaran, pulau, gunung, gunung berapi dan bagaimana kejadian gempa bumi yang berlaku. Kandungan asas yang wujud dalam batu juga menghasilkan jenis batuan yang berbeza warna, dan juga kekerasannya.

mineral.jpg

BAB 2

Mineral

Mineral adalah bahan bukan organik yang terbentuk secara semulajadi yang memiliki struktur dalaman bersifat khusus yang ditentukan oleh susunan teratur atom-atom atau ion-ion yang dikandunginya dan mempunyai komposisi kimia dan sifat fizik yang tetatpataupun berubah dalam julat tertentu.  Pelajar didedahkan dengan ilmu untuk mengenal mineral dalam membezakan warna, coreng, kilauan, kekerasan dan retakan. Pelajar juga dijelaskan mengenai ikatan kimia yang membentuk mineral yang mengikut kelas tersendiri iaitu mineral silikat dan mineral bukan silikat.

rocks identification.png

BAB 3

Batuan

Di dalam bab ini, pelajar diterangkan berkenaan jenis batuan yang wujud di muka bumi. Antaranya adalah dari jenis Amourphos, Metaphos dan juga Ignues. Struktur batuan, proses wujudnya batuan berkenaan dan juga ciri-ciri lain. Dimana batuan terbentuk daripada satu jenis mineral atau gabungan beberapa jenis mineral yang akan memberi kesan kepada warna batuan tersebut.

bottom of page