017-9270 789
Pensyarah
Fizik (P0001)
Prof. Madya Dr. Karim Deraman
Jabatan Fizik
Fakulti Sains
karimderaman@utm.my
07-553 4091

FIZIK
P0001

Fizik adalah suatu kajian mengenai jirim serta pergerakkannya menerusi ruang dan masa dan semua yag terhasil daripada mereka ini, sebagai contoh daya dan tenaga.
Bidang Fizik adalah berkaitan dengan kajian sains tulen yang lain terutamanya kimia, contohnya mengenai kajian sains molekul dan sebatian kimia yang dihasilkan secara pukal. Kimia merangkumi banyak bidang fizik, terutamanya mekanik kuantum, ternodinamik, dan keelektromagnetan.
BAB 1
Pengenalan Asas Fizik
Di dalam Bab ini, pelajar diterangkan mengenai konsep asas Fizik iaitu berkaitan Unit Asas dan Unit Terbitan serta bentuk piawai yang sering digunakan di dalam catatan data di dalam kajian Fizik. Semasa amali makmal pula, pelajar didedahkan dengan penggunaan peralatan mengukur yang berkaitan bagi membolehkan pelajar menentukan data yang diperolehi daripada peralatan digunakan adalah yang lebih jitu, persis dan peka. Disamping itu pelajar juga diberikan panduan dalam mencatat segala maklumat yang diperolehi semasa melakukan ujikaji.
![]() | ![]() | ![]() |
---|---|---|
![]() |
BAB 2
Cahaya & Optik
Bab ini menceritakan berkenaan fungsi cahaya dan optik dalam aktivit seharian manusia dnegan melibatkan beberapa teori asas. Antaranya adalah melibatkan hukum pantulan, pembiasan dan kehantaran cahaya di dalam sesuatu medium. Pada sesi ini, semua hukum tersebut dikaji dengan menggunakan cermin satah, cermin cembung dan juga cermin cekung. Aplikasi kanta dalam kehidupan seharian dapat dilihat dengan terhasilnya cermin mata, kamera, teleskop, dan binokular yang dapat menyelesaikan masalah yang ada di persekitaran hidup manusia.


BAB 3
Elektrik
Di dalam bab ini membincangkan berkenaan penghasilan dan penjanaan cas elektrik. Bab ini juga membincangkan berkenaan berkenaan kewujudan medan elektrik serta beza keupayaan elektrik disesuatu kawasan. Di dalam pengaliran arus elektrik, konduktor dan perintang adalah unit yang sangat penting. Di mana kedua-duanya mempunyai fungsi dan peranannya tersendiri di dalam litar elektrik.