017-9270 789
C0001
Kimia
Kimia adalah cabang sains yang berkaitan komposisi struktur dan ciri jirim serta perubahan yang dialami oleh jirim tersebut apabila didedahkan kepada jirim yang lain atau ketika perubahan keadaan fizikal di sekeliling jirim tersebut. Kimia merupakan sains fizikal yang melibatkan kajian pelbagai atom, hablur, molekul dan bentuk jirim lain samada diasingkan atau disebatikan, yang membabitkan konsep tenaga dan entropi berkenaan dengan kespontanan proses kimia.

BAB 1
Pengenalan Kepada Kimia
Di dalam bab ini, pelajar dijelaskan berkenaan industri yang terlibat dalam penggunaan kimia dalam penghasilan produk. Antara industri yang terlibat adalah industri makanan & minuman, bahan penjagaan diri, alat solek, alam sekitar, petroleum serta penghasilan ubat-ubatan dan dadah. Kimia umumnya terbahagi kepada 4 bidang kajian iaitu Kimia Analisis, Kimia Fizik, Kimia Organik dan Kimia Tak Organik. Pelajar juga ditunjukkan dengan alat radas asas yang terlibat dalam ujikaji kimia. Penentuan jenis neraca dan air untuk ujikaji juga yang perlu dalam menghasilkan produk yang berkualiti dan tepat.
BAB 2
Jirim
Bab ini menjelaskan maksud dan juga pengkelasan jirim. Dimana jirim terbahagi kepada dua kelas iaitu bahan (unsur &  sebatian) dan campuran (homogenus & heterogenus). Pelajar juga dijelaskan lebih mendalam mengenai unsur, molekul dan juga sebatian.





BAB 3
Stuktur Atom & Jadual Berkala Unsur
Sejarah mengenai penemuan atom dan Jadual Berkala Unsur dibincangkan di dalam bab ini. Struktur atom yang terdiri daripada Proton, Nukleus dan Elektron serta susunannya juga dijelaskan. Di dalam bab ini, pelajar perlu jelas mengenai perbezaan antara Logam Alkali, Logam Alkali Bumi, Unsur Peralihan, Halogen, Gas Nadir/Adi, Semilogam dan Unsur Peralihan Dalam yang terdapat di dalam Jadual Berkala Unsur.

BAB 4
Stoikiometri
Stoikiometri adalah membincangkan berkenaan kajian kuantitatif bagi sesuatu tindak balas kimia. Langkah yang perlu diambil dalam menyelesaikan masalah stoikiometri adalah:
Menyeimbangkan persamaan tindak balas kimia
Kira jisim formula
Tukar jisim kepada mol
Gunakan persamaan tindak bals kimia untuk pengiraan
Tukar kembali kepada jisim
Oleh itu, pelajar perlu memahami semua langkah tersebut bagi menghasilkan tindak balas yang betul. Setelah pengiraan selesai dilakukan, penyediaan larutan boleh dilakukan.

Penamaan Kimia
BAB 5
Di dalam bab ini, pelajar didedahkan dengan semua kumpulan penamaan kimia yang terlibat. Ini banyak menyentuh mengenai ciri-ciri asas yang penting dalam memberikan nama mengikut kelas kimia bagi sesuatu bahan kimia. Antara kelas bahan kimia adalah:
Sebatian Tak Organik
Sebatian Oganik
Sebatian Hidrokarbon
Sebatian Polimer
Pelajar didedahkan dengan jenis ikatan semua kelas yang dinyatakan di atas.​
BAB 6
Pepejal, Cecair & Gas
Pepejal, Cecair & Gas adalah bentuk kewujudan bahan tertentu yang melibatkan kedudukan susunan zarah dalam bahan. Antara proses yang terlibat dalam pembentukan bahan adalah Proses Pengewapan,  Peleburan dan Pemejalwapan.





