017-9270 789

Pensyarah
Prof. Madya Dr. Mohd Shahrizal Sunar
Jabatan Kejuruteraan Perisian
Fakulti Komputeran
07-553 2321
​





Teknologi Maklumat
T0001
Teknologi Maklumat adalah teknologi yang diperlukan untuk tujuan pemprosesan data. Ia merangkumi bidang yang sangat luas iaitu berkenaan semua aspek dalam pengurusan dan pemprosesan data. Oleh itu, penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat serta mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.
Teknologi adalah merujuk kepada perisian, perkakasan dan sistem telekomunikasi yang digunakan di dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat.
​
Perkakasan komputer adalah seperti unit pemprosesan pusat (CPU), ingatan (RAM), cakera keras (HDD), papan kekunci (keyboard), tetikus (mouse) dan sebagainya amat penting dalam proses kemasukan, pemprosesan dan penyimpanan maklumat.
Perisian komputer seperti sistem operasi (OS) yang popular termasuk Linux, UNIX, Mac, OS dan Windows dan aplikasi produktiviti pejabat seperti OpenOffice atau Microsoft Office serta perisian Internet seperti pelayar web (Mozilla, Navigator, Safari dan Internet Exploxer) memainkan peranan besar dalam teknologi maklumat. Ini kerana ia merupakan perisian yang paling banyak digunakan oleh pengguna komputer setiap hari.

Pengkomputeran Awan (Cloud Computing)
Pengkomputeran Awan atau mungkin asing bagi sesetengah pihak. Tetapi secara realitinya, teknologi ini sudah pun bermula sekitar tahun 2000, di mana pada ketika ini internet dijadikan sebagai pusat data dan kini yang sudah sebati di dalam kehidupan seharian kita.
​
Paling terkini pengkomputeran awan adalah Google Drive, dimana ia adalah penyimpanan milik Google yang bermula pada tahun 2012, merupakan lanjutan kepada Google Docs dan menukarkan docs.google.com dengan menukarkan drive.google.com setelah diaktifkan. Google drive pada awalnya memberikan kapasiti penyimpanan percuma sebanyak 5GB dan boleh ditambah dengan bayaran tertentu. Yang terkini, Google Drive memberikan kapasiti sebanyak 15GB secara percuma untuk penggunanya. Sekiranya kapasiti 15 GB telah habis, maka penambahan kapasiti boleh dilakukan sehingga 15GB telah habis, maka untuk menambah kapasiti penyimpanan sehingga 100TB dengan dikenakan bayaran tertentu.
Selain kapasitinya lebih besar, fail yang telah disimpan akan disepadukan secara langsung dengan cirri-ciri google yang lain seperti Gmail, Google+ dan Google Search. Data yang boleh disimpan dalam Google Drive ini sangat berbeza-beza dari fail gambar, cerita rekabentuk, rakaman, video dan lain-lain. Hadirnya Google Drive dalam versi muah alih tentu saja memudahkan pengguna untuk mengakses fail dalam keadaan ataupun situasi apapun dimana-mana dan pada bila-bila saja. Satu hal lagi yang membuat Google Drive menjadi pilihan adalah adanya ciri API untuk para developer yang sangat menggemarinya. Ciri-ciri ini menjadi semakin unggul kerana Google Drive boleh menghubungkannya dengan puluhan aplikasi dari pihak ketiga.
Kepentingan Google Drive kepada Pembantu Makmal dan Penolong Pegawai Sains
Fungsi-fungsi di Google Drive akan memudahkan fungsi kami kini atau sebagai Penolong Pegawai Sains akan datang adalah:
1) Untuk mendapatkan jawapan
Search - Mendapat jawapan segera kepada persoalan samada melalui web atau telefon.
Maps - Dapat menentukan navigasi GPS, makluman trafik, arah laluan trafik dan banyak lagi.
Translate - Menterjemahkan lebih daripada 100 bahasa.
Chrome - Penyemak imbas yang lebih cepat, mudah, dan selamat untuk web moden.
2) Membuat perancangan
Photos - Dapat menyimpan foto dengan lebih teratur dan mudah untuk proses pencarian.
Contacts - Menyimpan alamat dan nombor keluarga dan rakan
Calendar - Mengatur jadual dan berkongsi dengan orang lain.
Keep - Menyimpan idea sebagai nota, senarai dan memo suara di mana-mana sahaja
3) Melaksanakan kerja lebih bijak
Docs - Menyunting dan berkongsi semua dokumen dimana sahaja.
Sheets - Memasukkan data dan mengira dengan hamparan anda boleh mengedit di mana-mana sahaja.
Slides - Memaparkan atau mengemaskini persembahan dimana-mana.
Drive - Menyimpan secara selamat semua fail.

Panduan Penggunaan Media Sosial
Dengan mengamalkan dasar langit terbuka di kebanyakan negara di dunia ini, maka penggunaan media sosial turut meningkat saban tahun. Disebabkan penggunaan media sosial adalah tinggi, maka tidak hairanlah lebih banyak syarikat tampil dengan ciptaan aplikasi media sosial yang lebih menarik dan mudah digunakan untuk semua lapisan masyarakat. Antara media sosial yang popular digunakan oleh rakyat Malaysia adalah Facebook, Istagram, WeChat, YouTube, Blog dan Twitter. Kebaikan media sosial ini adalah dapat mempercepatkan sesuatu maklumat disebar atau dikongsikan. Namun jika tidak digunakan sebaik mungkin akan menyebabkan kebocoran maklumat yang tidak sepatutnya yang akan menjadi ancaman kepada individu, organisasi mahupun negara. Oleh itu, satu panduan penggunaan media social diwujudkan supaya dapat menjaga nama organisasi ataupun negara.
Revolusi 4.0
Revolusi 4.0 banyak memberi manfaat kepada kehidupan manusia pada masa kini. Termasuklah dari segi ekonomi, kesihatan, teknologi, pertanian dan lain-lain. Video disebelah menerangkan berkenaan revolusi berkenaan.
​
Selamat menonton!!!