Menghasilkan AR mengikut kreativiti anda dengan mudah
- Mohd Farid Jaafar
- Sep 13, 2017
- 5 min read
Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.
Teknologi Augmentasi Realiti (AR) telah berkembang luas di dunia amnya dan di Malaysia khasnya. Dikesempatan ini, saya ingin mengajak rakan-rakan menghasilkan AR sendiri dengan beberapa langkah mudah dengan menggunakan ENTiTi Creator.
1. Pertama sekali kita perlu memuat turun aplikasi ENTiTi Creator dengan melakukan carian di mana-mana carian dengan menaip ENTiTi Creator atau ENTiTi. Atau boleh terus menaip alamat laman tersebut dengan menaip https://www.wakingapp.com/

2. Jika anda terus ke wakingapp.com, anda boleh memuat turun aplikasi dengan menekan butang Download pada bahagian atas laman sesawang tersebut. Jika melalui enjin carian ada memaparkan pautan Download seperti gambar diatas, terus tekan pada pautan tersebut.

3. Pilih jenis komputer yang anda gunakan. Jika anda menggunakan computer keluaran Apple Corporation, bolehlah memuat turun MAC DOWNLOAD. Manakala untuk komputer keluaran syarikat selain Apple boleh memuat turun PC DOWNLOAD.

3. Selain itu juga, anda perlu memuat turun aplikasi pada telefon pintar atau tablet membuat imbasan keatas projek yang sedang dilaksanakan samada melalui Google Play Store ataupun App Store mengikut jenis model telefon yang digunakan (tidak semua jenis telefon dapat memuat turun aplikasi ini).
4. Sambil menunggu muat turun siap dilakukan, rakan-rakan boleh merujuk kepada video tutorial yang telah disediakan pada bahagian bawah halaman utama wakinapp.com jika tidak jelas berkenaan langkah yang hendak dilakukan. Atau terus ke laman sesawang vimeo untuk lebih video.

5. Selepas siap memuat turun aplikasi ENTiTi Creator tersebut, cari folder yang menempatkan aplikasi tersebut. Tekan pada fail ENTiTi Creator Setup sebanyak dua kali (Double Click) untuk tujuan memasang (install) pada computer anda sebelum dapat digunakan.

6. Lakukan langkah mudah dengan menekan butang seterusnya (next) setelah habis membaca informasi yang dikemukan.

7. Baca syarat yang dikemukan dengan teliti sebelum bersetuju dengan menandakan di dalam kotak yang disediakan sebelum meneruskan (next) untuk langkah seterusnya

8. Baca informasi yang disediakan sebelum menekan butang untuk langkah seterusnya (next).

9. Pilih lokasi untuk memasang aplikasi berkenaan mengikut kesesuaian ruang (space) yang masih berbaki sebelum menekan sebelumnya (next).

10. Tandakan kotak yang perlu untuk tujuan membuat pintasan pada Menu Permulaan (shortcut in Start Menu) atau pintasan pada desktop (desktop shortcut) dan menekan butang seterusnya (next).

11. Setelah semua langkan lain dilaksanakan, tekan butang memasang (install) untuk pemasangan mula dilakukan.

12. Tunggu sehingga pemasangan selesai dilakukan. Jika rakan-rakan ingin membatalkan pemasangan tersebut, tekan butang batalkan (cancel) sebelum aplikasi ini selesai dipasang.

13. Tandakan pada kotak untuk mula melayari sistem tersebut untuk mencipta projek berteknologi AR anda sendiri dengan menekan butang selesai (finish).

14. Maka, akan terbitlah paparan ini di skrin komputer anda. Paparan ini juga akan muncul apabila anda menekan pada ikon ENTiTi yang terdapat di komputer anda. Daftarkan akaun anda di dalam System Login.

15. Apabila telah memasuki sistem, anda boleh mencipta hasil kerja AR anda dengan menekan butang CREATE NEW PROJECT. Sekiranya ingin mengemaskini projek sedia ada, tekan butang OPEN pada mana-mana projek yang dikehendaki.

16. Apabila membuka projek baru, rakan-rakan diberi dua pilihan iaitu AUGMENTED REALITY dan VIRTUAL REALITY. Untuk menghasilkan AR rakan-rakan perlu memilih AUGMENTED REALITY dan pilih templat yang sesuai dengan tujuan AR itu dihasilkan. Pilih 3D model viewer, kemudian namakan fail tersebut kemudian cipta (create).

17. Maka paparan ini terhasil selepas sebaik sahaja anda menekan butang cipta (create). Ikut arahan yang diberikan iaitu klik berulang (double click) pada tempat yang anda mahukan untuk menempatkan teko tersebut.

18. Setelah anda klik berulang, teko ini tersebut kelihatan seperti ini (lebih terang).

19. Sekiranya anda ingin mengalihkan teko berkenaan, anda perlu klik pada teko berkenaan dan anak panah akan muncul pada teko berkenaan. warna merah untuk pergerakan kiri dan kanan, warna biru ke depan dan kebelakang, warna hijau pergerakan ke atas dan ke bawah.

20. Anda boleh menambah video jika dengan menarik ikon dan bawa masuk 3D Video di bersebelahan dengan teko tadi.

21. Rakan-rakan juga boleh menambah 3D model kedalam projek ini dengan menarik masuk ikon 3D image yang terdapat disebelah kanan ke sekitar teko ditempatkan. Susunan adalah mengikut kreativiti masing-masing.

22. Untuk menambah imej 3d atau video, anda perlu ke LIBRARY dan memuat naik (UPLOAD) imej dan video tersebut ke dalam sistem ini terlebih dahulu. Tunggu sehingga video dan imej 3D siap dimuat naik terlebih dahulu.

23. Untuk menyemak samada video atau imej tersebut sudah siap dimuat naik atau belum, tekan pada video dan tengok pada Preview disebelah kanan, jika asset is being prossesed being wait bermaksud video belum berjaya dimuat naik. Biasanya mengambil masa agak lama bergantung kepada kelajuan internet anda.

24. Taraaa, video siap dimuat naik dan rakan-rakan boleh memainkan video berkenaan dibahagian preview.

25. Begitu juga pada imej yang anda ingin gunakan, ia akan menunjukkan imej seperti yang anda muat naik.

26. Kedudukan video boleh diubah ke tempat yang anda suka mengikut keatas kebawah, ketepi, dan kekiri dan kekanan.

27. kedudukan video juga boleh diubah dengan menggunakan arah bulatan bagi posisi yang dikehendaki.

28. Video, imej 3D juga boleh diubah dengan menekan change object scale, mengikut keperluan.

29. Untuk menambah perkataan, klik pada 3D text dan tarik ketempat yang dimahukan.


30. Ubah saiz dan perkataan yang anda perlukan pada bahagian sebelah kanan anda.

31. Setelah selesai, menulis perkataan yang anda inginkan, alih kedudukan ke tempat yang sesuai. Dengan menggunakan ikon Change object’s position.

32. Untuk mendapatkan 3D model bagi menambah nilai AR tersebut dengan membuat carian di Google fbx image.

33. Tekan mana-mana imej yang boleh dimuat turun secara percuma untuk projek yang masih peringkat percubaan atau pembelajaran dalam menghasilkan teknologi AR anda sendiri. Tekan butang muat turun (download), jika perlu didaftarkan akaun pada web tersebut, daftarkan terlebih dahulu.

34. Jika model 3D dimuat turun di dalam fail berzip, ekstrakkan terlebih dahulu sebelum dapat menggunakannya.

35. Setelah selesai memuat turun model 3D tadi muat naik dalam perisian ENTiTi dan tunggu sehingga muat naik selesai.

36. Tempatkan 3D model ke tempat dan kedudukan yang anda mahukan.


37. Juga laraskan saiz yang anda rasa sesuai dengan projek berkenaan.

38. Untuk memastikan video dapat dimainkan, tekan pada 3D video (sebelah kanan atas), pastikan (confirm) video yang mana (di dalam pustaka data kita) yang akan dimainkan.

39. Tandakan pada kotak yang terdapat di bahagian kanan bawah mengikut kesukaan anda. bentuk video juga dapat diubah mengikut kreativiti dan kesesuaian dengan menukar shape. Pastikan video diletakkan dalam mod autoplay agar dapat dimainkan semasa imbasan dilakukan.

40. Siarkan (publish) projek anda sebelum imbasan dapat dilakukan di tablet atau telefon pintar yang mengandungi software ENTiTi.

41. Jika perubahan gambar atau video perlu dilakukan, lakukan dengan sebaiknya untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

42. Setiap perubahan dilakukan, pastikan anda menekan butang siar (publish) sebelum dapat diimbas. Imbasan diletakkan Public Project untuk imbasan umum manakala Private Project untuk perseorangan atau peranti tertentu.
Hasil daripada projek AR daripada ENTiTi Creator (Gambar latar belakang yang berbeza).
Selamat Mencuba, saya pasti anda dapat menghasilkannya.
Comments