top of page

Lawatan Ke MaGICX

  • Writer: Mohd Farid
    Mohd Farid
  • May 1, 2017
  • 2 min read

Pada 28 April 2017, satu lawatan telah diadakan ke Media and Game Innovation Centre of Excellence (MaGICX). Dimana pejabat MaGICX ini terletak di bangunan Pengurusan Makmal Universiti (PMU). Lawatan ini adalah bertujuan mendedahkan kecanggihan teknologi terkini kepada pelajar yang terlibat untuk kelas peralihan Pembantu Makmal ke Penolong Pegawai Sains yang dikenali sebagai Bridging Program.

Menurut En. Ab Al-Hakam Bin Ab Rahman (Jurutera Sistem), MaGICX telah ditubuhkan pada tahun 2013 dimana ia adalah kerjasama strategik antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) untuk menyokong dan menggalakkan pembangunan dan ekosistem industri kreatif yang memberi tumpuan kepada gamification dan penggayaan kandungan digital.

Bagi menyokong MaGICX, ada dua syarikat ditubuhkan iaitu UTM-IRDA Digital Media dan MaGICX Sdn Bhd. Dimana UTM-IRDA Digital Media untuk para pelajar dan penyelidik menghasilkan produk yang boleh dipasarkan, Manakala MaGICX Sdn Bhd pula adalah sebagai inkubator dan pengkomersialan.

Bagi memupuk minat orang ramai, MaGICX telah mewujudkan beberapa ekosistem seperti MaGICXcel, MaGICXpert, MaGICXplore, dan MaGICXpose yang mempunyai fungsi dan peranannya tersendiri.

Dimana MaGICX memberi tumpuan kepada beberapa bidang kajian khusus seperti untuk mewujudkan produk yang berkaitan Media Islamik, Perubatan, Pendidikan, Minyak & Gas, Sejarah Silam dan Teknologi Interaktif.

Sepanjang penubuhan MaGICX telah menghasilkan beberapa produk yang bertaraf dunia seperti VISS-3D Visualization Interactive Surgery System (Perubatan), wARna (pembelajaran kanak-kanak), MOSTI Interactive Wall & Mobile App (pengenalan syarikat), Boboiboy Bounce & Blast (Permainan) serta banyak lagi.

Kini dalam menarik minat usahawan yang berminat, MaGICX menerusi Karnival Usahawan Digital 2017 yang sudah berlangsung di beberapa tempat terpilih antaranya UniKL Pasir Gudang (10 April), UTHM Batu Pahat (16 April), UiTM Segamat (25 April) dan Afiniti Medini (29 April).

Dengan adanya MaGICX dapat menarik minat pelajar dalam mendalami ilmu pengetahuan ke peringkat tertinggi seterusnya dapat melahirkan produk yang boleh digunakan diseluruh dunia yang akan membuka mata masyarakat dunia dengan keupayaan rakyat Malaysia amnya.


 
 
 

Comments


bottom of page