top of page

Amali Makmal Kimia (Sesi 1)

  • Writer: Mohd Farid
    Mohd Farid
  • May 1, 2017
  • 1 min read

Pada sebelah petang 28 April 2017, telah dijalankan satu amali makmal yang Makmal Kimia Fizik 1, Fakulti Sains. Dimana amali ini adalah berkaitan dengan teori asas yang telah dipelajari di dalam kelas sebelum ini.

Terdapat dua eksperimen dijalankan iaitu Pengukuran Isipadu Cecair: Teknik Penggunaan Dan Kejituan Radas serta Penentuan Ketumpatan Cecair Dan Pepejal. Sebelum memulakan amali, PM. Dr. Azli Sulaiman memberikan taklimat berkenaan cara penggunaan perkakasan kaca yang telah disediakan oleh En. Ali (Pembantu Makmal).

Pelajar diingatkan supaya menggunakan peralatan yang betul kerana ia akan mempengaruhi data yang akan diperolehi oleh pelajar.

Di dalam sesi amali ini juga pelajar dijelaskan mengenai kaedah penulisan data yang betul mengikut keperluan eksperimen tersebut. Ini akan memudahkan pelajar dalam menganalisis data tersebut samada melalui bacaan pada jadual ataupun graf.


 
 
 

Comments


bottom of page