top of page

Berusaha sampai berjaya

Mohd Farid Jaafar

IMG_0258.JPG

Tentang Diri Saya

Nama diberikan adalah Mohd Farid Bin Jaafar. Merupakan anak ketiga daripada empat adik-beradik. Kini sedang bertugas di makmal kimia Fakulti Sains & Teknologi Industri (FSTI), Universiti Malaysia Pahang (UMP). Kini dipertanggungjawabkan dalam penyediaan radas dan bahan bagi amali makmal yang berkaitan Kimia Fizik, Kimia Analisis dan Unit Operasi.

Notebook & Pad

Bridging Program

Kursus Peralihan bagi Jawatan Pembantu Makmal (C19/C22/C26) ke Penolong Pegawai Sains (C29)

Dalam melahirkan modal insan staf teknikal yang cekap, terlatih dan berpengalaman supaya dapat membantu pensyarah samada di dalam sesi amali makmal, penyelidikan, perundingan, pengurusan sumber, pengurusan dan di dalam aspek keselamatan & kesihatan pekerjaan di sesebuah makmal. Dengan rasa tanggungjawab, Universiti Teknologi Malaysia telah terpanggil untuk mengadakan satu latihan atau kursus  dalam peningkatan bakat di kalangan pembantu makmal di Universiti Awam (UA) dengan mengadakan Kursus Peralihan Pembantu Makmal (C19/C22/C26) ke Penolong Pegawai Sains (C29) atau dikenali sebagai Bridging Program.


Antara objektif Bridging Program adalah:

  1. Untuk mengukur kesesuaian seseorang pembantu makmal dari segi potensinya untuk menjawat jawatan dalam skim perkhidmatan Penolong Pegawai Sains (C29)

  2. Untuk menuji kemahiran seseorang Pembantu Makmal berdasarkan kepada pengalaman dalam tugas-tugas harian yang dijalankan

  3. Untuk memenuhi sebahagian daripada syarat kelayakan masuk ke skim perkhidmatan Penolong Pegawai Sains (C29) melalui urusan kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL)


Pada kali ini, terdapat 3 peringkat pengajian perlu dilalui oleh peserta. Pada tahap pertama pelajar didedahkan dengan pengenalan organisasi penganjur dan juga pengurusan keselamatan & kesihatan pekerjaan. Pada tahap kedua pula, pelajar didedahkan dengan subjek asas sains termasuk Kimia, Fizik, Biologi, Geologi dan Teknologi Maklumat. Manakala pada tahap 3 pula pelajar diterangkan dengan lebih terperinci tentang aliran khusus yang dipilih oleh peserta samada Kimia atau Fizik. Dimana pada tahap 3, pelajar akan didedahkan dengan sub-sub bidang teras bagi subjek Kimia atau Fizik.

Hubungi Saya

Thanks for submitting!

Address:

Taman Gambang Damai 1

Email:

Phone:

017-9270 789

  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn
bottom of page